bismillah.. assalamualaikum wbt.. :)
trimas pd mimi, shabat yg sy kasihi krn Allah ats prkongsian hebat drmu.. boleh lawat blog dy yg
pnuh informasi..^^
knapa cinta tak seharusnya memiliki?
ini sbnarnya ibrah dri kisah cinta Salman Al-Farisi
hebatnya cinta Salman Al-Farisi..:P
memilih antara keinginan hati dan persaudaraan.
luar biasa!
_______________________________________________
Mulanya sebuah
kisah cinta..ketika mana sudah saatnya Salman Al-Farisi mengisi kekosongan hati
dengan cinta halal.sebuah pernikahan.Dia terfikirkan seorang wanita Ansar yang
beriman dan solehah. Bukan diharapkan menjadi kekasih tetapi
sebagai satu pilihan dan diyakininya bahawa sesungguhnya wanita itu pilihan
yang tepat untuk menjadi teman dan ibu bagi bakal pejuang dari
keturunannya.
"Aku
orang asing di bumi Madinah.Madinah bukanlah tempat kelahiranku.Madinah
bukanlah tanah aku meniti kedewasaan.Tidaklah tiap-tiap penghuni bumi Madinah
ini ku kenali.Bukankah akan dilihat asing seorang pendatang sepertiku melamar
gadis Madinah?"...ada keraguan dihati Salman. Ada kerisauan di hati pemuda
itu. Lantas...terdetik di hatinya mencari seorang sahabat yang mampu menjadi
perantara baginya..Ya.. Abu Darda..sahabat dari golongan Ansar yang
dipersaudarakan dengannya.. Rasa hatinya disampaikan kepada sahabat
tercinta..Abu Darda.. dengan tahmid dan tasbih Abu Darda menyahut hasrat
sahabatnya. Cukup girang si Abu Darda memeluk sahabatnya tanda akan dibantunya
Salman dalam melunaskan apa yg terhajat dihatinya.
Maka..beriringanlah
kedua sahabat itu menuju ke sebuah rumah di tengah kota Madinah. Rumah seorang
wanita yang solehah dan bertakwa yang menjadi pilihan hati Salman Al-Farisi.
Abu Darda menyusun kata memulakan bicara.. "Saya adalah Abu Darda dan ini
saudara saya Salman seorang Parsi. Kami telah dipersaudarakan atas nama Allah.
Dia telah dimuliakan Allah dengan Islam,dan dia juga memuliakan Islam dengan
amalan dan jihadnya. Disisi Rasulullah, dia punya tempat yang mulia,sehinggakan
baginda menyebutnya sebagai ahli-bait baginda. Dan kedatangan saya adalah bagi
mewakili Salman untuk melamar puteri solehah dari rumah ini". Fasih dan
yakin Abu Darda berbicara dengan nada dan loghat Bani Najar.
Tuan rumah tersenyum membalas bicara,"Adalah sebuah penghormatan bagi kami menerima kehadiran kalian. Dan adalah penghormatan bagi kami sekiranya bermenantukan sahabat Rasulullah yang mulia. Tetapi, hak untuk menerima atau menolak lamaran ini adalah pada puteri kami"..Sang puteri yang mendengar disebalik hijab menanti dengan debaran hati.. Sunyi seketika.... Tiba-tiba suara lembut si ibu bersuara mewakili si puteri yang dinanti sahabat yang mulia. "Maafkan kami atas kejujuran kata dalam jawapan ini. Dengan mengharap redha Allah, saya menjawab bahawa puteri kami menolak lamaran Salman. Akan tetapi seandainya Abu Darda turut mempunyai hasrat yang sama seperti Salman, puteri kami menerimanya" Nah..cukup mengejutkan..sang puteri menolak lamaran yang melamar tetapi menerima pengantara lamaran itu.
Apakah mampu
Salman menerima realiti yang mungkin mematahkan hati lelaki? Sungguh tak
terjangka dengan reaksi indah Salman Al-Farisi..
"Allahu
akbar!!..dengan mahar dan segala yang telah saya sediakan ini akan saya
serahkan kepada sahabat saya Abu Darda untuk pernikahan kalian. Dan saya akan
menjadi saksi bg pernikahan mulia ini"
hebat sungguh Salman Al-Farisi.:)
1 comment:
ya Allah~ bagus gler salman al farisi..
Post a Comment