BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday, June 12, 2009

nukilan hati yang terluka~


longlainya kaki ini melangkah.. peritnya jiwa ini tak mungkin terungkai dek madah bicara. terpaksa jua ku gagahkan diri menempuh segalanya. tiada kata yang bisa menyangkal bahawa takdir tlh mnntukn segala.. namun mungkinkah diri mampu bertahan buat sekian kalinya untuk bertemu di penghujung segala yang terjadi. pasti, ak pasti.. Allah rabbul 'izzaty lebih mengetahui segalanya. ku hanya mampu berusaha sehabisnya. ku harap, pelangi cerah menanti di penghujung jalan. ku impikan cahaya putih menerangi denai-denai berliku ini. ku inginkan bayu mengiringi niat murni setulus hati suci. mungkinkah hati semurni kasihNYA? tiada yang bisa memberi jawapan pada prtnyaanku.. innallaha 'aliman hakima. ku hanya berpegang pada ayat itu selagi mana darah yang mengalir ini masih hangat dirasa!

Wednesday, June 10, 2009

Habibi ya Rabbul Qalby


Sejak pertama kali ku merasa kehadiran-Mu, ku tak pernah mengenal erti sesal. Diri ini seperti dibawa ke dunia yang penuh dengan keindahan, keasyikan yang tiada pernah padam. Hadir-Mu menyedarkan ku betapa indahnya dunia yang selama ini ku miliki.
Sungguh, aku tidak mungkin bernyawa tanpa-Mu. Jantung enggan berdegup tanpa hadir-Mu. nadi menidakkan denyutannya kerana kehilangan-Mu. Walau kita tidak pernah bertemu, tetapi aku yakin akan kewujudan-Mu. Keagungan-Mu yang tiada pernah terhakis. Kau yang Maha Pengasih tidak sesekali melupakan diriku yang kerdil ini. Kasih sayang yang Kau pamerkan sering membuatku tenang.
Tiada yang lebih berharga dari kasih-Mu. Tiada yang lebih ku dambakan selain rahmat dari-Mu. Kaulah segalanya untukku. Semua yang ku miliki adalah milik-Mu. Namun kasih yang Kau berikan adalah untuk selamanya.. ya Allah, kaulah pemilik diri ini, kekasih yang menjadi tempat untukku meluahkan segala sebak di dada.. tempat ku mencurahkan segala yang terbuku di hati.. Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik bagiku.. Yang Maha Mengasihani dikala hambamu ketandusan kasih-Mu!