Bismillah..
Assalamualaikum wbt.
(bayangkan, ini dialog hati dari kita, sudut hitam, sudut
putihnya..)
Ya saya seorang manusia, dan saya bukan dari kalangan Nabi
yang bersifat maksum. Bagaimana boleh mengharapkan kesempurnaan dari makhluk
yang tidak mungkin sempurna ini.. agak meluahkan perasaan di situ, namun, sudah
nama nya makhluk, yang pasti punya perasaan, dan nafsu yg sering mmandu pada
jalan yang tak lurus..
Apakah susah untuk saling mengingati?apakah payah untuk
hanya mendengar dan memahami? Memang bukan disini tempatnya untuk mengadu, tapi
hanya ingin memberitahu, tida siapa yang berhak menghukum dan menentukan
pengakhiran sseorang itu, melainkan Allah.
Mengapa suka menghukum, andai diri juga tidak sempurna? Mengapa
suka merasa terhina, sedang diri sendiri sering merasa angkuh? Ok, cukup……
__________________________________________________
Ketahuilah dalam tiap hinaan, tiap kesalahan, tiap
kekurangan, dan tiap kegagalan, tersembunyi tarbiyah dan kasih sayang Allah…
mengapa?
Masakan kau berfikir bahawa orang yang disayangi Allah, pada
mata manusia, dia akan sentiasa kaya, mewah, dan dikelilingi syurga dunia tanpa
ujian keatasnya? Sedang Rasulullah saw sering kali diuji, dan diuji, dan diuji.
Bagaimana untuk kita tahu tahap kepandaian seseorang, tanpa
menguji IQ nya? Begitu lah juga dengan iman kita, yang perlu juga di uji.. ok,
aku terima.
__________________________________________________
"Maafkan aku, kerana aku punya kekurangan. Nasihatilah aku, kerana aku ketandusan. Bimbinglah aku, kerana aku kepincangan. Tegurlah aku, kerana aku kesesatan…"
Buat diriku, dan dirimu jua, moga keredhoaan Allah bsama
kita.
No comments:
Post a Comment