assalamualaikum wbt.
Days ago, was a recorded time, that cannot be bought, or even to be changed. it will remains, and maybe, be forgotten..
But what is more important is days ahead. we would never can go a moment fast from what had been planned for us. O Allah the Almighty, bless us today, and day ahead, and please bless us at the moment of death, and beyond..
Setiap hari, ana bangun dan pasti melihat wajah anak kakak ana, Muhd Umar, yg penuh KEJUJURAN. nangis dengan jujur, ketawa dengan jujur, malah tidurnya penuh jujur... buat ana teringat akan seorang sahabat nabi saw, yang kata2nya penuh kebenaran.
Rasulullah saw seorang yang digelar Al-Amin, yang kata2 baginda tiada dusta. dan baginda saw membenarkan kata2 sahabat ini, dalam riwayat, baginda bersabda:
"tidak akan pernah lagi dijumpai di bawah langit ini, orang yg lebih benar ucapannya dari Abu Zar!"
Abu Zar Al-Ghifari:
-nama sebenar:Jundub bin Junadah
-seorang pemuda Suku Ghifar(suku yang kuat berdagang dan terkenal menempuh jarak yg jauh)
-tergolong dalam Sabiqun Awwalun
-tokoh "penggerak hidup sederhana"(memerangi pemimpin yg zalim dalam memakan harta rakyat)
4 nasihat Nabi saw kpd Abu Zar:
"Wahai Abu Zar, perbaharuilah bahteramu, kerana lautan sangat dalam, bawalah bekalan yang mencukupi, kerana perjalanan(mu) sangat jauh, kurangkanlah bebanan (mu), kerana rintangan-rintangannya berat sekali, dan bersikap ikhlas (dalam ) beramal, kerana sesungguhnya Penyiasat itu adalah Maha Melihat (dengan Penuh Teliti)"
__________________________________________________
Dari Abu Hurairah, Baginda saw bersabda:
"Diam adalah ibadah tertinggi"-riwayat Al-Dailami-
yang dimaksudkan hadis ini ialah diam dari ssuatu yg x bermanfaat bagi agama dan dunia, juga x usah membantah org yg menentang kerana kejahilannya. namun jika bersendirian, tak termasuk dalam ibadah..
sebabnye, kalau diam, pupuk sifat sabar, dan banyak lagi sifat mulia.. bagaimana kalau kita melenting je sesuka hati, bercakap je sesuka hati, mungkin, kata2 kita tu dah terpandu oleh nafsu.. dan paling ditakuti, kita telahpun mengumpat dan menyebar fitnah! nauzubillah... astaghfirullah...
tapi, janganlah diam tu, diam kosong je.. diam biar diam berisi.. zikir dalam hati, mengingati kembali hafalan, berfikir tntang hikmah kejadian, dan hikmah apa yang berlaku..
dan panjang lagi penjelasan tentang diam ni, yang kita selalunya fikir, "diam adalah pasif dan tak produktif.." namun, kita SILAP, sebab kita x diam pun sebelum mengatakan mcmtu.. betul x?
__________________________________________________
dua benda kt sini yang ana kongsikan, JUJUR dan DIAM.. jadi, biarlah kita hanya mengatakan kejujuran, dan jika tidak, lebih baik diam.. jika bertembung dengan kejahilan, diam itu lebih baik, supaya kita dapat berfikir, dan beri peluang untuk cahaya menyinari hati si jahil tadi..
"dan Allah lebih Mengetahui akan kebenaran sesuatu hal itu, biar tersembunyi, atau dibicarakan..."
rujuk surah Toha ayat 7.
-sumber: buku "Nashaihul 'Ibaad" karya Imam Nawawi-
"Nashaihul 'Ibaad" karya Imam Nawawi- |
Anakanda Muhammad Umar Hanis |
No comments:
Post a Comment