alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.. Allah masih bri kita peluang untuk bertaubat dan mengagungkan keEsaanNYa..
pernah tak kalian, kalau teringat akan sesuatu yang indah, atau teringat akn seseorang, hati kalian jadi berdebar2? atau berhadapan dengan seseorang, hati jadi berdebar2?
nak tahu satu rahsia? jantung kita sentiasa berdegup, dan di setiap degupan itu, berbunyi Rabb,Rabb.. dan bila ana terasa berdebar akan sesuatu hal, ana akn tahu, bahawa Allah jadikan jantung ana lebih jelas kedengaran degupan tu untuk mengingatkn ana, Allah,Allah, Allah lebih layak di rindui, Allah lebih layak di takuti, Allah lebih layak di ingati..
Pernah terfikir x macam tu? kan.. kadang2, kita terlepas pandang akan hal2 mcmni.. mmg pun, ana sbgai manusia pn, slalu terasa hal yg sama.. kita lupa pada siapa yg lebih berhak rasa itu dicurahkn.. tapi, anggota badan kita, jantung kita, hatta kulit2 kita, x pernah lupa akan PenciptaNya.. apabila minda dan nafsu tersasar, jantung segera berdegup kencang, mengingati Allah, kulit segera berpeluh dan pucat, gerun akan lupanya ia pada Rabbnya..
begitu lah fitrah alam.. yang kita selalu perlu diingati.. nama pun manusia,insan, dr perkataan nasia, yg bermaksud, lupa.. bila kita berhadapan akan satu2 hal yang menyedihkan, yg menakutkn, menggembirakan, jantung kita sentiasa mengingatkan kita tentang Allah, lebih kuat degupan jantung kita, untuk mmbuat kita dengar betapa rintihan dan suara nya memuji Khaliqnya.. Allah.. betapa kita insan yang lemah yang perlu sntiasa mengambil ibrah dr sgala yang berlaku sekeliling kita..
cuma, akal yang Allah anugerahkan pada kita ini, perlulah sentiasa kita gunakan, supaya apa yang terjadi di sekeliling kita mampu menambahkan kecintaan kita pada Allah.. jika akal x kita pandu dengan cinta Allah, ditakuti akan dipandu oleh hawa nafsu yang sentiasa menipu dan menjatuhkan kita..
"ihfazillah, yahfazuka"-peliharalah (hak) Allah, (nescaya) Dia akan memeliharamu..-
~menitis air mataku keharuan,
diatas sebuah pertemuan..
kehadiranMu, mendamaikan hati dahulu keresahan..~
No comments:
Post a Comment