BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday, April 5, 2013

RnR sg.Buloh dan DUNIA. :D


Bahagia itu ada dalam diri..:)

Alhamdulillah, wa syukurillah.. dapat semakin lama, semakin terasa bahagia dlm diri.. Allah tu maha Mengatur segala sesuatu kan. Saya bukanlah alimah ustazah hafizah pun, tapi saya berusaha untuk menjadi satu darinya, doakan ya, amin..^^.. supaya suatu hari nanti, saat semua jiwa yang merindu, kembali bersatu dengan Kekasihnya, saya mampu menjadi satu darinya.

Cukuplah dengan hidup bersandiwarakan dunia yang persinggahan cuma.

Analogi:

Kita aim nak pergi KL dari Ipoh, tapi dalam perjalanan, kita singgah restoran jejantas Sg. Buloh. Memang best la, pemandangn cantik, byk tempat makan sedap2. Tapi, x ke pelik kalau kita tiba2 nak tinggal kat situ. Macamna dgn plan awal nak pegi KL? Kalau orang tau la kita nak stay kt RnR je selamanya, mesti orang kata gila. Ye la, mana x gila nya, tiba2 kita amek kotak, buat rumah skit kt situ, tanah pn bukan tanah kita. Pstu nak beranak pinak, makan makanan sama kt RnR, dan tgk pemndangan yang sama je. Gila ke tak tu? Pastu yang dah nak dok kt RnR ni, tgk org semua singgah sekejap je kt situ, kata org yg tinggalkn RnR tu buta. X nmpk semua ‘keindahan’ tu semua.. J

---------------------------------------------------

Macam tu jugak hidup kita kt dunia ni.. hanya orang yang tahu tujuan dia, akan nampak org yg kejar dunia semata-mata ni, gila. Tapi orang yg ‘gila’ ni, akan nampak org yang kejar akhirat tu pulak yg buta. Dunia ni bukan milik kita, tanah bukan kita punya, semuanya sementara, semua MILIK ALLAH..

Tapi bila bagi analogi mudah mcmtu, memang semua orang boleh faham. Tapi, berapa je yang amal? Didiklah iman kita, supaya iman dpt memandu nafsu.. 

tapi seriously, mase ana kecik2, kalau singgah kt restoran jejantas Sg.Buloh ni, suke sangat. Lagi2 kalau jem nak balik Melaka musim raya. Rase macam nk dok situ selamanya. Boleh lari2 kt jambatan dia, tandas n surau dy selesa. Haha. Tp bila dh besar ni, kalau travel tu, rase mcm xnak singgah RnR pun, sbb kita tau yg tmpat tujuan kita tu, lebih berharga dan berbaloi.. tak ke gitu anak-anak2 J 

Jadi, kita mesti sntiasa ingatkn diri dan orang sekeliling kita, benda yang sementara tu bukanlah KEKAL..


“harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia,tetapi amal kebajikan yang terus menerus adalah lebih baik pahalanya disisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan”
-alKahfi 18:46-


 jadi, berCINTAlah sampai syurga!  Eh# hehe.^^

2 comments:

Cik Jenin / Fatin Syahirah Mohd Zainy :) said...

jom bercinta sampai sorga!

nice analogy :) jzkk amal..

hafizuddin azeman said...
This comment has been removed by the author.