Mengingati Allah bukan sekadar dengan bertahmid, bertasbih, bertakbir, namun hakikat dzikir itu, dengan mengingati Allah dalam setiap detik, dan setiap perlakuan hanya kerna Cinta kita pada Allah.. walau hanya kita terlintas”Allah aku rindu padaMu”, “aku lakukan ini hanya kernaMu”, atau Cuma, “Allah...”
Hakikat bahagia...(UNIC)BAHAGIA.. kadang terasa diri kerdil melihat dan merenung pada kebahagiaan, dan ketenangan hakiki yang terpancar jelas dr wajah seorang yg mengenal Rabbnya.. Allah..
Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati
Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani
Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan
Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang
C/O :
Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan
Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan
Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki
Cukup dengan kata-kata mereka, mampu mengalirkan air mata kita.. ketenangan yg sentiasa menghiasi wajah, sungguh ku idamkan begitu.. pernah tak terfikir, bagaimana hati seseorang tu, boleh penuh dgn cinta pada Allah? Bagaimana hati seseorang itu, sarat dengan nilai murni?
Rabiatul Adawiyah, seorang ahli sufi, pendiriannya, perilakunya, teguh hanya pada Allah.. kata-katanya tulus dari hati yang sarat dengan cinta pada Kekasihnya.. pernah suatu kisah diceritakan bagaimana cintanya beliau pada Allah sehiggakan dalam hati tak mampu menanggung dua cinta, hatta pada Muhammad s.a.w..
Ya, memang ayat ini pasti terlintas dalam minda kita,”dy boleh la, dy ahli sufi kot.. aku nih, pahale tah banyak mane, berangan je la kalau nk jd mcm dy... =,=”.. kn? Hakikatnya,ana pn pernah terlintas hal yg sama..
Tp insyaAllah dengan mengikuti dan mengamalkan prinsipny, kita mampu menjadi seorang dari PENCINTA TULUS ILAHI..
Kisah yang membuat ana terfikir, dari kisahnya Rabiatul Adawiyah,
“suatu ketika Rabi’ah dilihat berlari-lari dgn tangannya memegang obor,dn tangan yang satu lagi memikul baldi penuh air.. ditanya kepadanya,
“wahai Rabi’ah, kemana dan apa yang hendak kamu lakukan?”
jawabnya,
”aku hendak membakar syurga, dan memadamkan api neraka. Biar tiada keduanya, supaya manusia akan dapat melihat tujuan sebenarnya hidup, dan hanya akan beramal kerana Allah, bukan mengharap balasan dan ganjaran..”
Allah.. mari kita semak sebentar, selama kita hidup ni, adakah kita beramal hanya utk mengharapkan balasan syurga di akhirat, dan takutkan pada azab neraka? Atau kita beramal kerana kita rasa terhutang dengan pemilik jiwa ini? Oh manusia, ketahuilah, hanya dengan beramal kerna CINTA dan SAYANG ny kita padaNya itu lebih terasa nikmat ketenangan itu..
"bagaimana mungkin ku mencintai manusia, andai hatiku telah dipenuhi dengan cintaNYA?"
3 comments:
my favourite song.8-0
nice music..8-)
a song that gives thousands meaning..
Post a Comment