cinta itu hadir kerana ada pemiliknya.. Dia yang Maha Mencintai dan selayaknya semua cinta kita kembalikan kepada yang Maha Memiliki..
sabda Rasulullah SAW:
'Demi Dzat yang diriku ada ditanganNya, kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman, dan kamu tidak akan beriman hingga kamu SALING MENCINTAI.. hendakkah aku tunjukkan kepada kalian sesuatu yang jika kalian lakukan, kalian akan saling mencintai? SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN..'
(HR MUSLIM)
jelas la kt sini, untuk masuk ke syurga, kita perlu berIMAN, kesempurnaan iman memerlukan CINTA:)
CINTA adalah syarat iman, rukun aqidah dan asas agama..
sabda Rasulullah SAW lagi:
"tidak sempurna iman salah seorang dari kamu sehingga dia MENCINTAI saudaranya seperti dia mencintai dirinya sendiri"
"barang siapa ingin mendapatkan manisnya iman, hendaklah dia mencintai orang lain KERANA ALLAH"
(HR HAKIM)
bila semua cinta kita landaskan kerana Allah, jadi tiada beza nya dengan kita BERCINTA DENGAN ALLAH..
tahu macam mane rsanya menyintai sesuatu KERANA ALLAH?
syarat khas nya mestilah SEIRING SYARAK.
contoh paling mudah..
antara lelaki dan perempuan BUKAN MAHRAM..
mereka tak perlukan berjumpa, apatah lagi beramah mesra. kerana cinta lahir dari hati yang bertaut, dan tidak dicelah nafsu dan syaitan.. mereka saling percaya bahawa ALLAH mendengar luahan hati mereka yang saling merindukan dan Allah akan memberikan mereka hanya yang terbaik. disini, mereka hanya berserah dan memohon pada Allah, Sang Pemilik Cinta untuk mereka disatukan suatu hari nanti..
keadaan mcm ni la kita katakn BERCINTA DGN ALLAH.. membuat sesuatu hanya mengharap redha dan kasih ALLAH. tidak menuntut kasih manusia dan seisi dunia, yang penting adalah untuk berada disisi Yang Maha Esa.
coretan malam ni saya tujukan buat PENCARI CINTA TULUS..
tahu sesuatu?
CINTA boleh terbit antara lelaki dgn lelaki, lelaki dgn perempuan, perempuan dgn perempuan, antara anak murid dgn guru, umat dgn Nabinya dan yang paling tinggi, ANTARA HAMBA DAN RABBNYA..
jadi, cari lah cinta dalam hati kita, untuk kita bercinta denganNYA..:)
-ruj. buku "Malam Pertama Di Syurga"-
1 comment:
Layarkanlah kerinduan itu kepada Tuhanmu yang Maha Mencintai... Hidup ini INDaH jika segalanya kerana ALLAH
Post a Comment