BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday, October 28, 2011

midnite true story.. -innaAllahu muqallibal qalby-

salam alaik..
slmt malam buat sape2 yg nk tidur dh ye:)

dh lame x update blog. maaf la buat pembaca setia saye ye*mcm la ade*. coretan kali ni tulus dari hati..
-------------------------------------------------------------------------------------

skrg pukul 12:oo malam.

malam2 mcm ni, slalunya kita buat ape? tgk profile mukabuku org? bls mesej org? dgr lagu yg mengasyikkan? saye x.. mengenangkan kisah2 yang berlaku, dalam kata lain, muhasabah diri tu lebih membangunkan aura malam saya..

semalam bru lepas lawat sepupu di KL, kesian anak dia. bru 7 bulan, dh kene kluar masuk hospital. smuanya angkara pengasuh yg tak bertanggungjwb, menyebabkan severe bleeding dalam otak si kecil.. tp alhamdulillah, si kecil dah makin beransur pulih.

thu kenape tiba2 nk cerita tentang si kecil ni? sebab saya bersyukur dan amat kagum dengan kuasa Illahi rabbi.. cintanya Dia pada hamba-hambanya sehinggakan, hati yang gersang pun, Dia suburkan.. Jiwa yang gundah pn, Dialah yang tenangkan..
--------------------------------------------------------------------------------------

al kisah..

dahulu..
saya bukanlah seorang yang baik. saya tahu, dan saya mengaku. mengumpat, melakukan yang sia-sia, bercouple, bergaul bebas dengan yang berlainan jantina, semuanya dilakukan tanpa rasa salah, jauh sekali utk disesali. saya tak kisah nk pakai tudung yang macam mana rupa, pakaian yang hanya mencukupi syarat, ibadah hanya wajib sahaja. bahkan, pada masa itu, makanan yang saya ambil juga tak terjaga halal haramnya.. astaghfirullah.. :'(

namun hadirnya seseorang ini, mengubah pendirian hati.
bermula sekadar pesanan ringkas di laman muka buku untuk berkenalan. saya yang mulanya memang biasa bergaul bebas, memulakan bicara dengannya tanpa rasa segan silu. pergaulan saya dengan teman ajnabi juga turut saya ceritakan. 'dia' dengan sabar, hanya mendengar.. kami semakin intim, dan telah mula mengenali satu sama lain dengan baik. 'dia' merupakan seorang dari keturunan yang bagus.. latar belakang agama yang mantap, bahkan 'dia' sendiri, seorang penuntut di ma'ahad di timur tengah.. ilmu agama tersemat kemas di dadanya. 'dia' bukan sahaja seorang yang tegas, bijak, malah penuh dengan kasih sayang.. dia sering berpesan, "jaga diri ya". saya hanya mengiyakan sahaja, tanpa sebarang perubahan dalam perwatakan seharian.. ya, saya mengaku bahawa hadirnya membawa satu rasa, yang tak pernah saya rasa. satu rasa yang sehingga kini, hanya Allah yang mampu menjamin kekalkah rasa itu..

sampai di suatu ketika, mungkin perwatakan saya yang membuat 'dia' risau.. 'dia' menegur perlakuan saya.

katanya,
'awak.. wanita solehah, mukminah, tidak mudah bergaul mesra dengan bukan mahramnya. malu menjadi teman akrabnya. ibadah menjadi pakaian hariannya.'

katanya,
'wanita yang murah bicaranya dengan lelaki, hanyalah buat mainan si jejaka.. lelaki bagaimanapun, akan mencari yang solehah, mukminah dan setia untuk dijadikan permaisuri hidupnya..'

terdiam saya mendengar bait-bait jujurnya. bayangkanlah betapa berbezanya pendirian 'dia', betapa dalam rasa yang menikam di hati saya.
perasaan malu, dan malu, dan malu bertimpa2. saya sedar saya hanyalah manusia, yang selama ini mengikut hawa nafsu dan jiwa remaja yang inginkan perhatian, hiburan dan kasih sayang dari jalan yang salah.

dalam hati saya berkata, " ku ingin menjadi wanita yang setia, solehah dan mukminah.. yang sentiasa di cintai Allah dan rasulNya, yang sentiasa dikasihi suami dan ayah mama, yang mampu melahirkan insan soleh dan solehah di jalanNya. subhanaAllah, betapa jauhnya ku tersasar dari cintaMu, betapa tandusnya hatiku, betapa jahilnya ilmuku... "

sejak dari itu, saya berazam, utk mengubah jalan yang disusuri kepada yang lebih diredhaiNya..
terima kasih pada 'dia' yang telah mengubah saya menjadi seorang insan yang lebih mengerti tentang tujuan hidup.

katanya lagi, ' kita hidup ini, untuk mencari redha Allah'

setelah itu, pertemuan kami di alam maya dijadikan medan utk menimba ilmu.. 'dia' akan membuka kitab2nya, dan menceritakan kepada saya.. 'dia' cuba sedaya upayanya untuk meningkatkn ilmu kami, bagi bekalan masa akan datang.. segala kekurangan pada diri saya, dengan jujurnya 'dia' akan menegur..

ikatan kami buat masa ini hanyalah sebagai tunang, dengan restu dari mama ayah..

redha Allah jalannya bukanlah semanis gula, namun penuh dengan ranjau berliku.. namun penghujungnya lebih harum dari kasturi..

setelah beberapa lama,perhubungan saya dan 'dia' diputuskn buat seketika. kami sedar, tiada hubungan yang halal buat berlainan jantina selain ikatan perkahwinan yang sah.. dalam masa ini juga,harapnya, kami berusaha sedaya upaya untuk menyiapkan diri, menjadi yang setia, soleh dan solehah, mukmin dan mukminah..

'dia' bukanlah calang-calang jejaka, yang hanya mahu yang sempurna. 'dia' mengubah batu menjadi permata, menghulur cahaya pada yang kegelapan, menyinar harapan pada yang kealpaan..

inilah bukti cintanya Allah pada hambanya. dia yang mencampakkan rasa dalam hati seseorang, dan Dialah jua yang menetapkan pertemuan dan perpisahan insan..

setelah tonggang tebalik hati dibuatnya, setelah gundah gulana jiwa memikirkannya, akhirnya saya berjaya, berjaya menjadi "a new me":)

Alhamdulillah, praise to be Allah.

5 comments:

Haura' Al Hamra' said...

amal..this is ur story right??
alhamdulillah..:)

.minal qalby. said...

alhamdulillah..:)

din said...

indahnya percaturan Allah..nice workout...

din said...
This comment has been removed by the author.
.minal qalby. said...

Alhamdulillah.. terima kasih..:)