BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, April 27, 2011

adkh kita perlu utk menyinta dn dicinta?

salam..:)

ye, kite perlu menyinta dan dicinta. hakikatny kita ini hidup atas dasar cinta. tahu kenapa? sebab.. Allah sentiasa MENYINTAI DAN MENGASIHI kita setiap detik.. itu lah sebabny kita masih mampu bernafas , dn jantung masih terus berdegup.

macam yg dh sy katakn dlm post Mencintai Illahi, iman seseorang itu takkan lengkap jika dia x mencintai saudarany, seperti mana dia mencintai dirinya sendiri.

mana mungkin orang yg x pernah dicintai oleh apapun , mencintai sesuatu. betul? sebenarnya kita sememangny tak putus-putus dicintai.. cuma kita yang tidak menyedari akan hadirny CINTA dalam diri..

matlamat hidup di dunia adalah untuk mendapat KEREDHAAN DAN RAHMAT-NYA. jadi , sememangny kita bercita-cita untuk menikmati cinta agung ILLAHI di syurga kelak.

sebgai contoh:
seorang perempuan ingin memikat hati seorang lelaki. dia akan membuat apa sahaja untuk merebut perhatian lelaki tersebut. dia akan melakukan setiap perkara yang disukai lelaki tersebut, cuba memahami lelaki itu, malah cuba untuk mengetahui latar belakangnya.

dengan cara ini, mudah-mudahan perempuan itu mampu mendapat cinta lelaki tersebut.. betul?

sama juga dengan kita.. jika kita ingin mendapatkan cinta ALLAH, kita wajib:
-melakukan segala suruhanNya,
-dan meninggalkan laranganNya.
-kita perlu mencintai apa yang ALLAH cinta. semua sedia maklum juga, kekasih agung ALLAH ialah.... MUHAMMAD BIN ABDULLAH BIN ABDUL MUTHALIB. yakni nabi seluruh umat manusia.

smoga kita bakal beroleh cinta ILLAHI kelak.. amin.:)

Thursday, April 21, 2011

Alhamdulillah:)

salam..

Alhamdulillah:) tau knp sy ckp alhamdulillah? sbb sy, bahkan kite smua, makhluk Allah, msti sntiasa bersyukur dn memanjatkn pujian bgNya.. sbb setiap hari, Allah x pernah lupa dn lalai utk bg kita nikmat hidup, nikmat celik, dn yang paling besar, nikmat IMAN dan ISLAM..

kadang Allah memberi kita kegagalan, sebab Allah tahu apa yg lebih baik buat kita.. dn pada hari ini, saya dh pun lepas satu ujian, dn mendpt rezki dr Allah yg sgt bermakna, sy LULUS UJIAN MEMANDU.hehehe

tahu knp hal ini sgt bermakna? sbb sy blaja 2 bnda,
ALLAH X GAGALKAN KITA, TAPI ALLAH MEMBERI KEJAYAAN HANYA PADA WAKTUNYA..

Friday, April 15, 2011

Mencintai Ilahi..:)

salam..

cinta itu hadir kerana ada pemiliknya.. Dia yang Maha Mencintai dan selayaknya semua cinta kita kembalikan kepada yang Maha Memiliki..

sabda Rasulullah SAW:
'Demi Dzat yang diriku ada ditanganNya, kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman, dan kamu tidak akan beriman hingga kamu SALING MENCINTAI.. hendakkah aku tunjukkan kepada kalian sesuatu yang jika kalian lakukan, kalian akan saling mencintai? SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN..'
(HR MUSLIM)

jelas la kt sini, untuk masuk ke syurga, kita perlu berIMAN, kesempurnaan iman memerlukan CINTA:)
CINTA adalah syarat iman, rukun aqidah dan asas agama..

sabda Rasulullah SAW lagi:
"tidak sempurna iman salah seorang dari kamu sehingga dia MENCINTAI saudaranya seperti dia mencintai dirinya sendiri"
"barang siapa ingin mendapatkan manisnya iman, hendaklah dia mencintai orang lain KERANA ALLAH"

(HR HAKIM)

bila semua cinta kita landaskan kerana Allah, jadi tiada beza nya dengan kita BERCINTA DENGAN ALLAH..
tahu macam mane rsanya menyintai sesuatu KERANA ALLAH?
syarat khas nya mestilah SEIRING SYARAK.

contoh paling mudah..
antara lelaki dan perempuan BUKAN MAHRAM..

mereka tak perlukan berjumpa, apatah lagi beramah mesra. kerana cinta lahir dari hati yang bertaut, dan tidak dicelah nafsu dan syaitan.. mereka saling percaya bahawa ALLAH mendengar luahan hati mereka yang saling merindukan dan Allah akan memberikan mereka hanya yang terbaik. disini, mereka hanya berserah dan memohon pada Allah, Sang Pemilik Cinta untuk mereka disatukan suatu hari nanti..

keadaan mcm ni la kita katakn BERCINTA DGN ALLAH.. membuat sesuatu hanya mengharap redha dan kasih ALLAH. tidak menuntut kasih manusia dan seisi dunia, yang penting adalah untuk berada disisi Yang Maha Esa.

coretan malam ni saya tujukan buat PENCARI CINTA TULUS..

tahu sesuatu?
CINTA boleh terbit antara lelaki dgn lelaki, lelaki dgn perempuan, perempuan dgn perempuan, antara anak murid dgn guru, umat dgn Nabinya dan yang paling tinggi, ANTARA HAMBA DAN RABBNYA..

jadi, cari lah cinta dalam hati kita, untuk kita bercinta denganNYA..:)

-ruj. buku "Malam Pertama Di Syurga"-

Monday, April 4, 2011

Akal hanya buat yang teristimewa..

salam..

kalau aku bkn aku, aku ign mnjadi dotdotdot.. dotdotdot yg bhgia, ceria yg sering mmpunyai pilihan dlm hidup.

jiwaku terperangkap, terkunci. aku ign bebas, terbang diudara seperti burung, aku ign bebas berenang di lautan seperti ikan. namun, aku seorang insan.. insan yang telah dipilih menjadi diri ku. MENARIK:)

memang sebenarnya jauh di lubuk hati setiap insan, pasti ada keinginan seperti yang nyatakn diatas.. tetapi, pernah kah kita renungkan..

mahu kah kita menjadi seperti burung, yang tiada akal untuk mengetahui, bahawa hidup pasti ada akhirnya.

mahu kah kita menjadi seperti ikan, yang hanya berenang di lautan, namun terkapai2 didaratan tanpa air.

KITA MANUSIA.
ciptaan unik yang mempunyai akal.
yang mampu melakukan lebih dari sekadar berjalan..
kita mampu terbang,
menari, berlari,
berenang di lautan dan sungai,
terbang di udara dan angkasa,
menulis dan membaca,
menangis dan ketawa...

kita mampu menentukan keinginan kita, matlamat kita, serta impian kita. malah bukan sekadar menetapkan, namun kita juga berupaya mencapainya. semuanya kerana satu perbezaan kita dengan makhluk lain iaitu kita dikurniakan AKAL..:)