jiwa insan yang tercipta fitrahnya ingin dicintai dan menyintai..
namun, pernah kita merenung sejenak, siapa Pemilik Agung cinta..?
Allahu Rabbul 'Izzaty, Sang Pemilik Agung Cinta, mencipta kita dr keturunan Adam yang amat mencintai Hawa.kiranya disini, kita memang sejak azalinya dicipta dengan cinta. sedang bayi yang baru lahir dapat mengenal cinta, iaitu cinta kepada ibu dan ayah, serta keluarga.
Pemilik Agung cinta memberi kita semua rasa cinta dari pelbagai sudut supaya kita mampu memberi cinta yang tulus, HANYA padaNya.
saban hari kita melakukan kemungkaran, dalam kata lainnya dosa, namun, pernah kita terfikir mengapa Ar-Rahman, masih sahaja memberi oksigen yang kita hidu? mengapa Dia tidak memberhentikan sahaja denyutan nadi kita yang berdosa ini? sedang Dia mempunyai kuasa untuk melakukannya..
semua ini kerana cinta dan kasihnya pada hambaNya.. Allah yang maha Pengampun lagi maha Penyayang.
seharusnya kita malu pada cahaya mentari yang memancar, pada burung yang berkicau hatta pada jantung yang sentiasa berdegup kerana melakukan kemungkaran pada Sang Pencipta yang menjadikan kita sebaik-baik kejadian. manusia merupakan ciptaan teristimewa yang satu-satunya dikurniakan 'Al-Aqlu' supaya dapat mentadbir dunia. akal ini harusnya mampu membezakan yang benar dan yang jahil, serta memandu pemilik akalnya ke arah yang betul. gunakan anugerah ISTIMEWA ini dalam mencari dan menyebar cinta pada jalanNya.
Moga kita sentiasa dikurniakan yang terbaik olehNya.:)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment